MAJLIS BERENDOI ADIK RANIA (26.05.2013)

Tahniah buat Haslina (ibu ) dan suami yang telah mendapat cahaya mata sulong. Nur Irdina Rania.. emmm sedap nama tu... secomel orangnya.. Terima Kasih di ucapkan kerana telah memberi kepercayaan kepada Rihans Bridal untuk menyediakan persiapan Majlis Berendoi Puteri beliau.

Semasa perbincangan hanya di buat beberapa hari sahaja sebelum Majlis berlangsung, hanya melalui telepon sahaja dan kebetulan ketika haslina datang ke kedai rihan tidak ada. Sebelum ini rihans bridal pernah menyediakan pelamin untuk majlis perkahwinan adik beliau..dan pada hari penghantaran buaian berendoi baru lah tahu rupa-rupanya di hantar ke rumah yang sama..kuikui. Terima kasih di ucapkan

 kerana memilih Rihans Bridal sekali lagi.



Majlis Berendoi Nur Irdina Rania
Tema: Pink + Silver
Tarikh: 26.05.2013
Tempat: Taman Melor, Kampung Bahgia, Teluk Intan.






Untuk sebarang tempahan sila berhubug terus kepada Rihans Bridal 016-3437578/012-5775478.


MAJLIS PERKAHWINAN MUSLIHA DAN MOHD HASRI (25.05.2013)

Selamat Pengantin Baru buat pasangan Musliha & Mohd Hasri... Tahniah di ucapkan.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...hehhe

Pasangan : Musliha & Hasri
Tema       : Pink Belacan + Cream
Tarikh      : 25.05.2013
Tempat    : Teluk Baru, Tapak Semenang







Musliha tidak mahu kening nya dicukur.. Jadi rihans memilih teknik gam untuk beliau. Majlis Ketika Akad Nikah berlangsung. Beliau mengenakan busana berwarna Cream.





                                       

Majlis Sanding berbusana berwarna Pink Belacan. Nnti rihan upload lagi ye..




hehhe.. maaf le yek.. oleh kerana  awning tudung yang beliau pakai... menyebabkan sebahagian muka x berapa nak nampak.. dan ditambah pula dengan suasana bilik yang suram sikit.. kurang sumber pencahayaan..kuikui... gambar bersanding teman x dapat ambik sebab pihak rombongan lelaki sampai lewat..teman harus balik dulu ..sebab ade majlis berendoi sebelah petang pula... daaa


MAJLIS HARIJADI ASHWIN VARMA (25.05.13)

As salam dan selamat sejahtera, kepada kengkawan di luar sana...ini ade lagi bingkisan buat pemanis hari nie.. untuk tontonan kalian..hehhe.. Alhamdullillah sepanjang minggu lepas rezeki datang mencurah-curah..syukur ya Allah atas nikmat-nikmat mu kepada ku..moga diberkati ..Aminnn.

Tahniah buat Pn. Parameswari (teacher) kerana telah sudi memilih Rihans Bridal untuk Majlis beliau, terima kasih diucapkan. Dan untuk anak beliau Ashwin Varma Happy 21st Besday, May god bless you.

Bermula dengan berbincang melalui pon, yang pada ketika itu rihan sibuk dengan berkursus.. dan atas dasar percaya keesokan hari nya, teacher datang ke butik semula dan membuat tempahan kepada pembantu rihan di butik..Dan setelah habis berkursus rihan cuma ade 2 hari sahaja untuk menyediakan backdrop seperti yang di minta oleh beliau. Haahaa.. cabaran... tetapi Alhamdullilah semua majlis pada minggu lepas berjalan lancar..

Jom tengok....hehhe ini sahaja yg sempat rihan snap.. ketika pemasangan .. macam biasa rihan ditemani ayah.. yang sentiasa membantu dan memahami.. Terima kasih Bapa ku.. walaupun penat membantu tapi xpernah sekali pun bersunggut.. Terima Kasih Ya allah kerana mengurniakan Rihan bapa sebegitu. Oleh kerana ade lagi majlis yg perlu di settle kan..gambar semasa pemasangan xsempat diambil...huhuhu.




UNTUK TEMPAHAN BACKDROP PARTY HARIJADI.....HUBUNGI RIHANS BRIDAL 016-3437578/012-5775478 ATAU BOLEH BERKUNJUNG KE KEDAI RIHANS YE...

MAJLIS BERENDOI ADIK ESHAN (25.05.2013)

 Alhamdullilah... syukur kepada Allah diatas nikmat-nikmat yang telah di berikan kepada hamba-hambanya.. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki.. Syukur Ya Allah.. Aminnn ya Rabula'lamin...

Tahniah buat Emma (ibu ) dan suami yang juga parents kepada Baby Eshan. Unik nama nie... saya selalu tersasul sebut ehsan...hehhe. Terima Kasih di ucapkan kerana telah memberi kepercayaan kepada Rihans Bridal untuk menyediakan persiapan Majlis Berendoi Putera beliau.

Perbincangan hanya di buat beberapa hari sahaja sebelum Majlis berlangsung, hanya melalui telepon dan atas kepercayaan yang tinggi, beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami untuk menyediakan buaian endoi  baby beliau. Terima kasih di ucapkan.


Majlis Berendoi Adik Eshan
Tema: Turquoise+ Kuning
Tarikh: 25.05.2013
Tempat: Taman Sri Intan, Simpang 4, Hutan Melintang.





MAJLIS BERENDOI ADIK AMMAR AMANI (11.05.2013)

Tahniah buat Syafinaz (ibu )dan suami kepada Baby Ammar Amani..emmm sedap nama tu. Dah dua org dah baby yang nama dia ada Amani nie ambil buaian berendoi ngan rihans. Terima Kasih di ucapkan kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada Rihans Bridal untuk menyediakan persiapan Majlis Berendoi Putera beliau... Terima kasih juga di ucapkan kepada Farah Khalida dan Siti Suhaini yang banyak membantu...Jasamu di kenang adik2 ku...huhu (ayat bodek).. tak ..ikhlas. Terima kasih sekali lagi.

So, untuk kengkawan kat luar sana, jom kita tengok buaian berendoi adik kita nie...


Majlis Berendoi Adik Ammar Amani
Tema: Kuning+Cream
Tarikh: 11.05.2013
Tempat: Kampung Mak Teh, Tapah Road





MAJLIS PERTUNANGAN NURUL HASFALIZA (26.04.2013)

As salam u aolsss... al maklum la teman nie sibuk sikit,,, nie haaa baru je ade masa nak mengupload majlis2 yang lepas yeaa.Tahniah di ucapkan kepada  adik Norhasfaliza dan keluarga kerana telah memilih Rihans Bridal untuk majlis beliau. Segala urusan pemasangan pelamin berjalan lancar... sehingga lah hari majlis berlangsung.Teman sempat juga le tengok urusan merisik kedua-dua belah pihak.. memang best, bak kata org, org lelama nie penuh dengan adat2 melayu.. masih lagi ade pantun2  .. ayat kias dan bunga-bunga, sungguh teman rasa teruja plak, bibir asik senyum je dengan gelagat-gelagat kedua-dua pihak..dengan tawa dan lawak jenaka meraka.... kuikui...


Pelanggan: Nurul Hasfaliza
Tema: Pink + Purple
Tarikh: 26.04.2013
Tempat: Parit 2D, Sg. Kerawai Sg. Manik, Teluk Intan.


Mini Pelamin


sebelum

selepas



Tempahan Box Transparent untuk beliau