MAJLIS BERENDOI TEMA ISLAMIC GARDEN 08.02.2016

Alhamdulillah..buaian berendoi 3 yang kami pasang untuk majlis di minggu CNY  nie... berurusan dengan ibu saudara baby Nurafifa sangat senang..dengan sikap tolak ansur beliau menbuatkan kami selesa berurusan dengan beliau.

Dari awal perbincangan hingga ke akhir beliau mahukan konsep islamic garden untuk majlis anak saudara beliau.. dimana tiada 'toys' digunakan sebagai deko dan hiasan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih kerana memilih kami.


Tema: Islamic Garden
Tarikh: 08.02.2016
Tempat: Taman Semesti, Batu 8


lagi seorang princess cumel yang naik buaian kami hehehe... semperna CNY rezeki allah bagi tak putus2 alhamdulillah..thanks Allah. Ala bulatnya mata..comelnyaa



"nak tanye le rega buaian".. jangan risau whatapps je teman 0163437578.. harga mmg reasonable n affordable hehe.. betul ke ejaannya tu kikiki... lama dh tinggal sekolah.. jangan malu jangan segan.



MAJLIS BERENDOI ADIK MUHAMMAD ADEEB ZHARIF 07.02.2016

Alhamdulillah..buaian berendoi 2 yang kami pasang untuk majlis di minggu CNY  nie... walaupun hujan pemasangan diteruskan juga. Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kerana memilih kami.


Tema: Hijau Zamrud +Krim
Tarikh: 07.02.2016
Tempat: Parit 13, Hutan Melintang.


jom tengok pulak prince chaming yang naik buain kami nie...ala-ala seronoknya dapat duit banyak yekk.. rasa teringin nak buaian cam nie untuk baby anda pula.. moh kome telepon teman cepat..0163437578..






MAJLIS BERENDOI ADIK ALISA SAFFIYA 08.02.2016

Alhamdulillah..buaian berendoi 1 yang kami pasang untuk majlis di minggu CNY  nie... oleh kerana lokasi nya yang agak jauh maka kami mengambil keputusan untuk memasang dahulu buaian berkenaan.. kerana khuatir kesesakan lalu lintas yang bakal berlaku di musim perayaan.

Apa pun syukur kami semuanya berjalan lancar...Terima kasih kerana memilih kami.

Tema: Kuning + Pink 
Tarikh: 08.02.2016
Tempat: Kg. Makmur Tanjung Tualang Kg. Gajah


lepas tengok buaian kita tengok princess kecil yang naik buaian nie ekk... gambar kiriman daripada nadila (ibu) baby Alisa Saffiya.. Terima kasih yek..


Rasa cam nak tempah.. xde masalah boleh je whatapps kami.. 0163437578..atau boleh walk in shj ke kedai kami yek.. no. 50 bazar mahkota.. kalau jumpa kedai warna pink luar dalam tu..depan kedai ade signboard besar..(Rihans Bridal)..haa betul le tu yek keng kawan.


HAPPY CHINESE NEW YEAR 2016

As salam...hehe masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua semua warga cina di malaysia..ape yang penting sentiasa hapie2 selalu yek kawan2..

Alhamdullillah bagi warga Rihans Bridal minggu CNY nie..menjadikan kami minggu yang begitu sibuk sekali dengan majlis2 berendoi. Syukur kami kepada ilahi kerana diberi rezeki... amiinnn.


tunggu,.. nnt teman upload ye gambar2 buaian tersebut.. heheh

MINI PELAMIN NORA 30.01.2016

Alhamdulillah... walaupun ade sedikit rasa terguris..tapi kalau kita bersabar in shaa allah. allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. lepas majlis nie.. alhamdulillah rezeki allah xputus2 datang.. thanks allah.. kau maha mendengar... bermula esok team kami akan bekerja kuat ... semoga allah memberkati ape yang kami akan rancangkan untuk customer tersayang kami sepanjang minggu raya cina ini... aminn.


Tarikh: 30.01.2016
Tema: Pink + Krim
Tempat: Selabak Dalam.


Maaf gambar xpro dari kami.. sbb pencahayaan kurang, next time kena bawa amator sama untuk tangkap pic lelawa..ekk.

Untuk Sebarang pertanyaan komer boleh whatapps teman.. 0163437578... atau boleh terus datang butik kami.. no. 50 bazar mahkota... kalau sesat boleh je call kami.. kami guide komer sampai jumpe pintu masuk butik kami..ekk

PROMOSI TAMAT 31.1.2016

Alhamdulillah... minggu yang bz.. ade masa sikit jadi peluang untuk teman menaip ape2 info yang patut ye kome...majlis minggu lepas, pon belum sempat teman nk menguploadnya.. hehhhe.

Teman nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina (Happy Chinese New Year).. minggu depan, oleh kerana sibuk so teman ucapkan kepada kome dulu..

Untuk makluman semua Promosi sudah pun tamat 31.1.16 lalu...